Photobucket

Saturday, December 24, 2011

Recipe 9

Sardin fried rice with chicken ommelete.


Bahan-bahan 
- Bawang merah, bawang putih.
- 2 tin sardin kecil
- Nasi putih yang sudah disejukkan
- Cili boh
- Minyak masak
- 3 biji telur
- Garam, gula
- 3 batang chicken cokctail sausage
- Cendawan tin

Cara-cara
Sardin fried rice
1) Hancurkan nasi supaya tidak berketul, gaulkan bersama sardin sehingga sebati.
2) Kisarkan bawang putih, bawang merah.
3) Panaskan sedikit minyak kedalam kuali, tumiskan bahan yang dikisar.
4) Bila bawang sudah kekuningan, masukkan lada boh (mengikut kuantiti nasi) ; tumiskan.
5) Bila sudah naik minyak, masukkan nasi yang sudah digaul bersama sardin tadi.
6) Gaul sehingga sebati, masukkan garam,gula, ajinomoto secukup rasa ; gaulkan.
7) Tunggu sehingga 5 minit atau hingga nasi garing sedikit. Kemudian tutupkan api.
8) Hidangkan.

Fried chicken ommelete.
Cara-cara
1) Pecahkan 3 biji telur kedalam mangkuk, campurkan chicken cocktail sausage yang dicincang, bawang dihiris nipis, cendawan tin yang dihiris nipis. kacaukan semuanya sehingga kembang.
2) Panaskan non-sticky pan tanpa minyak. Masukkan telur ke atas pan tersebut. Tunggu sehingga masak.

* saya suka keadaan ommelete yang 80% masak.

Recipe 8

Steam Dim Sum
Bahan-bahan
-Ayam/daging/cendawan cincang
-Ready made wantan wrapper.
-Lada hitam
-Cili padi
-Lobak
-Garam

Cara-cara
1) Gaulkan ayam/daging/cendawan cincang bersana lada hitam (ditumbuk halus), cili padi (ditumbuk lumat)
    lobak (dihiris nipis-nipis), sedikit garam.
2) Letakkan isi yang dibuat tadi ke atas ready made wantan wrapper. Balut dan kemaskan seperti bentuk  
    yang anda suka.
3) Setelah siap, steam kan dim sum tersebut kedalam steamer dan tunggu sehingga masak.

*kalau tak suka pedas, tak payah letak cili.
*kalau goreng boleh jadi wantan. 2 in 1. hehe


 air untuk steam diletak lebih maka dim sum jadi agak lembik.

selamat mencuba!

Thursday, December 8, 2011

Recipe 7

Sayur campur goreng


Bahan-bahan
-Bawang putih ; 2-3 ulas, dipotong nipis-nipis
-Bawang besar kuning ; dimayang
-Sawi
-Mushroom (tin; dipotong dadu)
-Dada ayam (dipotong dadu)
-Kubis bunga
-Garam,ajinomoto
-Sedikit minyak untuk menumis
-1 sudu besar tepung jagung yang dibancuh sedikit air.

Cara-cara
1) Tumiskan bawang putih dan bawang besar
2) Masukkan ayam yang dipotong dadu,tambahkan sedikit air.
3) Bila ayam dah masak, masukkan mushroom dan kobis bunga. Biarkan seketika selama 4-5 minit.
4) Masukkan sawi/kailan gaul 2 kali, campurkan bancuhan tepung jagung, letak garam dan ajinomoto, gaul 3
    kali kemudian tutup api dan hidangkan.

Recipe 6

Singgang ikan jernih.

Singgang ikan ni ada 2 jenis. 1) singang ikan jernih dan 2) singang ikan kuning. Ikan yang boleh dimasak singgang ni banyak. Contohnya, ikan selar, ikan kembung, ikan tenggiri, ikan aya(tongkol). Biasanya kami gunakan ikan tenggiri. Tapi musim hujan ni susah sikit nak dapatkan ikan-ikan segar jadi tadi just guna kembung saja.

Bahan-bahan
Ikan(2 atau 3 ekor, dibersihkan dan dipotong dua)
Lengkuas (dihiris nipis)
Asam keping (2 keping, kalau nak masam, boleh tambah lagi)
Bawang merah kecil (dimayang)


Air

Cara-cara 
1) Campurkan semua ke dalam kuali, biarkan sehingga mendidih. Air diletakkan sehingga tenggelam ikan atau    
    bergantung pada kuantiti ikan. Kalau ikan banyak, lebihkan air.
2) Bila dah mendidih, hidangkan.

Recipe 5

Puding Kastard berkuah


Resepi diambil dari blogger jugak. Credit pada kak intan.


Untuk puding 
Bahan-bahan
-1 tin tepung kastard
-4 tin air; disukat menggunakan tin tepung kastard tadi.
-sedikit garam
-3 sudu besar gula (time saya buat memang kurang manis, kalau refer resepi asal diletak sesenduk gula)
-1 tin krim jagung

Cara-cara
1) Campur tepung kastard dengan air, masukkan ke dalam kuali, panaskan
2) Masukkan garam dan gula, kacau sehingga agak-agak dah sebati
3) Campurkan 1 tin krim jagung.

* Tepung kastard tu akan jadi likat dan berketul-ketul. Jangan berhenti kacau. Setelah agak likat dan berkilat, angkat dan masukkan ke dalam bekas acuan. Biarkan sejuk seketika kemudian masukkan ke dalam peti ais.

Untuk kuah:
Bahan-bahan
-3 tin susu sejat
-1 tin mixfruit cocktail
-5 tin air
-5 sudu besar gula (ni pun sama, resipi asal 3 senduk gula)
-sebijik telur ayam
-1 sudu tepung kastard
-sedikit garam

Cara-cara
1) campurkan semua bahan ke dalam periuk, kecuali mixfruit.
2) Panaskan dan gaulkan semuanya.
3) Toskan mixfruit cocktail, buang airnya. Just ambik buahnya saja.
4) Bila agak-agak semua dah sebati, tuangkan ke dalam bekas, biarkan sejuk seketika dan letak dalam peti
    ais.
5) Bila nak makan, campurkan mix fruit cocktail.

notes : masa hidangkan, kami letak ice cube sekali. best!




Recipe 4

Kue Teow Ladna


Bahan-bahan
Kue Teow (Nak banyak mana suka hati)
Dada Ayam(dipotong dadu)
Udang
Cili padi(potong kecil)
Sos tiram
Bawang putih 2-3 ulas
Minyak untuk menumis
1 biji telur
Kobis bunga
1 sudu besar tepung jagung,bancuh dengan sedikit air.

Cara-cara
1)Celupkan kue teow kedalam telur,goreng sekejap ; angkat dan toskan.
2)Tumiskan bawang putih sehingga kekuningan, masukkan dada yang yang telah dipotong, letakkan sedikit
   sahaja air.
3)Setelah ayam masak, masukkan 2 ke 3 sudu sos tiram, gaulkan selama 1 ke 2 minit.
4)Masukkan kobis bunga, cili padi, garam, ajinomoto.
5)Setelah kobis bunga masak, masukkan bancuhan tepung jagung supaya kelihatan sedikit likat.
6)Masukkan udang, masak sehingga kekuningan.
7)Angkat dan tuangkan ke atas kue teow yang telah digoreng tadi.

Recipe 3

Ayam sweet sour (ayam masam manis)


Bahan-bahan
Ayam yang telah siap dibersihkan (kuantiti suka hati)
Bawang besar kuning 1 biji (kalau suka banyak bawang, lebihkan setengah atau bergantung pada kuantiti ayam)
Bawang putih 2 atau 3 ulas
Sos tomato
Sos cili
Cili boh/ cili giling
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara


1) Bawang besar kuning dipotong dadu, bawang putih dihiris nipis
2) Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih.
3) Tunggu sehingga kekuningan.
4)Masukkan sedikit cili boh/cili giling, gaul selama 1 ke 2 minit.
5)Campurkan sos tomato dan sos cili. Kalau nak kuah banyak, letak lebih sikit.
6)Kacau rata selama 1 ke 2 minit.
7)Masukkan ayam dan tambahkan air. Air ditambah searas dengan ayam atau lebih sedikit.
8)Tunggu sehingga air kering separuh dari yang diletakkan.
9)Hidangkan,makan! =D